Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di sebahagian daripada Lebuh Bandar Utama (Arah BU 1 dan BU 2) untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan selama 33 hari, bermula dari 13 September 2018 sehingga 29 Oktober 2018, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat, pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuh Bandar Utama (Arah BU1 dan BU2) akan dilencongkan ke jalan yang bertentangan seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Wan Cheen Chai, Pengurus Projek                                                                                                                            : 013-289 2268

Vanessa Vivekananda, Pengurus – Perhubungan Awam                                                                              : 019-283 5815

-->