Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, adalah dimaklumkan bahawa terdapat lencongan laluan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan paip air. Lencongan laluan ini akan dijalankan di hadapan tempat letak kereta hospital, bermula dari 24 September sehingga 23 Disember 2018 selama 16 hari.

 

Lencongan laluan di hadapan tempat letak kereta hospital: 24 September – 23 Disember 2018 (24-Jam)

Laluan paling kiri di hadapan tempat letak kereta hospital (menghala Bandar Klang) akan ditutup. Pengguna jalan raya dari Jalan Bunga Melor menuju ke Bandar Klang akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta dibawah. Pengguna jalan raya di laluan paling kiri di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (menghala Bandar Klang) akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta dibawah.

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 012 – 232 3782

Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                          : 017 – 388 9357

-->
Translate »