Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, adalah dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan trafik di sebahagian Persiaran Tengku Ampuan Rahimah. Laluan paling kiri dan laluan tengah (ke arah Bandar Klang) di hadapan Bengkel Daya Klang akan ditutup dari 28 September sehingga 5 October 2018, bermula jam 11:00 malam sehingga 5:00 pagi.

 

Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Lencongan A: Jalan Batu Unjur ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah

Pengguna jalan raya dari Jalan Batu Unjur ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah PURPLE di dalam peta.

 

Lencongan B: Persiaran Tengku Ampuan Rahimah ke Bandar Klang

Pengguna jalan raya di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah yang ingin menuju ke Bandar Klang akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta.

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 012 – 232 3782

Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                          : 017 – 388 9357

-->
Translate »