Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), adalah dimaklumkan bahawa terdapat lencongan trafik di Persiaran Persiaran Bukit Raja, Klang bermula pada 1 sehingga 8 Oktober 2018, dari jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi selama 7 malam.

 

Lencongan trafik di Persiaran Bukit Raja yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Dari Lebuhraya Grand Shahpadu, Pangsapuri Dahlia dan Pangsapuri Palm Garden ke Persiaran Bukit Raja:

Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta.

  1. Dari Lebuhraya Grand Shahpadu ke Jalan Tiara 4 dan Pangsapuri Palm Garden:

Pengguna jalan raya akan dilencongkan selepas Pangsapuri Dahlia seperti yang ditunjukkan anak panah PURPLE di dalam peta.

  1. Dari Pangsapuri Dahlia dan Pangsapuri Palm Garden ke Lebuhraya Grand Sepadu:

Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Lebuhraya Grand Sepadu boleh membuat pusingan-U sebelum lampu isyarat berdekatan Tayaria seperti yang ditunjukkam anak panah JINGGA di dalam peta.

  1. Dari Persiaran Bukit Raja menuju ke Lebuhraya Grand Shahpadu:

Pengguna jalan raya dari Persiaran Bukit Raja yang ingin menuju ke Lebuhraya Grand Shahpadu akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta.

 

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 012 – 232 3782

Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                          : 017 – 388 9357

-->