Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan laluan di Jalan Meru, Klang untuk menjalankan kerja-kerja penanaman cerucuk dan pengalihan paip air untuk LRT3 yang akan bermula dari 8 Oktober sehingga 31 Disember 2018 selama 3 bulan.

 

Lencongan laluan di Jalan Meru, Klang (24-Jam):

Lencongan laluan akan bermula di hadapan kawasan Besar Klang sehingga klinik perubatan Cina, Yao Shan Fang (menghala ke Bandar Klang). Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

 

Berikut adalah pelan lencongan laluan yang terlibat:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

 

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 012 – 232 3782

Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                            : 017 – 388 9357

 

-->
Translate »