Dimaklumkan bahawa penutupan laluan dan lencongan laluan menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/ Subang sepanjang Persiaran Kerjaya akan ditutup buat sementara waktu dari 5 Oktober 2018 (Jumaat) sehingga 4 Januari 2019 (Jumaat).

Penutupan laluan ini akan dijalankan secara berperingkat bermula dari Masjid An-Nur Temasya sehingga Accentra Glenmarie bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang dan 11:00 malam hingga pukul 5:00 pagi (kerja malam) dari hari Isnin hingga Sabtu.

 

Peringkat 1 hingga Peringkat 4

Penutupan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan tiang dan pemasangan jejambat di median jalan.

 

Peringkat 5 dan Peringkat 6

Penutupan laluan paling kiri dan lencongan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti dan kerja pelebaran jalan dari persimpangan lampu isyarat di Jalan Presiden U1/1 sehingga Accentra Glenmarie.

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan jalan di Persiaran Kerjaya:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

Ta Kok Chang, Pengurus Projek                                                                                                                                          : 019-2653837

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                          : 012-6546905

-->