Dimaklumkan bahawa penutupan dan lencongan laluan di Persiaran Permai, Shah Alam akan dilanjutkan dari 18 Oktober (Khamis) sehingga 17 November 2018 (Sabtu) bagi memudahkan kerja-kerja pembaikpulihan paip pembentungan di kawasan tersebut.
Penutupan laluan kiri berhampiran dengan SJK(T) Ladang Midlands akan bermula dari hujung padang taman permainan hingga ke persimpangan Jalan Plumbum 7/100. Trafik yang menuju ke UiTM akan dilencongkan sedikit ke laluan tengah apabila menghampiri kawasan tersebut. Lencongan tesebut adalah seperti yang ditunjukkan mengikut arah anak panah HIJAU di dalam peta dibawah.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah demi masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Muzzaffir Zabri Pazal Karim, Pengurus Pembinaan : 017 – 3203365
Alia Amira Zulkhairi, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 8298255