Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di jalan susur di Lebuhraya Sprint (Arah Damansara) berhadapan dengan  Jalan Bridge 21/64 untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan selama 9 hari, bermula dari 3 Disember 2018 sehingga 14 Disember 2018, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi keesokan harinya.

Pengguna jalan raya akan dilencongkan ke jejambat Lebuhraya Sprint (Arah Damansara) seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Wan Cheen Chai, Pengurus Pembinaan                                                                                                                     : 013-289 2268

Vanessa Vivekananda, Pengurus, Perhubungan Awam                                                                                    : 019-283 5815

 

-->