Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di jalan susur ke Lebuh Bandar Utama (Arah BU1 dan BU2) untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan selama 38 hari, bermula dari 20 Disember 2018 sehingga 18 Februari 2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Pengguna yang ingin menggunakan jalan susur sebelum tol Damansara (Arah Klang) untuk ke Lebuh Bandar Utama (Arah BU1 dan BU2) akan dilencongkan ke Jalan Tropicana Selatan 1 menuju ke Persiaran Tropicana dan ke Lebuh Bandar Utama seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Wan Cheen Chai, Pengurus Pembinaan                                                                                                                       : 013-289 2268

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                       : 019-283 5815

-->