Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di jalan susur di Lebuhraya Sprint (Arah Damansara) berhadapan dengan Jalan Bridge 21/64, Kg Sungai Kayu Ara untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan selama 17 hari, bermula dari 22 Januari 2019 sehingga 18 Februari 2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat, pada jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi keesokan harinya.

Pengguna jalan raya akan dilencongkan ke jejambat Lebuhraya Sprint (Arah Damansara) seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                        : 019-633 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus, Perhubungan Awam                                                                                    : 019-283 5815

-->
Translate »