Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Jabatan Kerja Raya Daerah Klang (JKR Klang), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di sebahagian daripada Jalan Klang – Banting untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Jalan akan ditutup sementara selama tujuh hari, bermula dari 21-27 Februari 2019, dari hari Isnin sehingga hari Ahad pada jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Penutupan sementara ini akan dilakukan secara berkala mengikut selang masa 10 minit. Aliran trafik akan dikawal oleh pemberi isyarat dan polis trafik bergantung kepada keadaan cuaca.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya Jalan Klang – Banting kerana mematuhi arahan dan papan tanda yang berada di kawasan kerja.

 

Penutupan jalan adalah seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah:

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

Ahmad Asraf Ramadhan, Pengurus Projek                                                                                                               : 017 – 9163212

Mohd Hanifah Harun, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                         : 013 – 7351817

-->