Dimaklumkan bahawa penutupan sementara laluan dan lencongan di Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/Subang dari 2 Mac 2019 sehingga 8 Mac 2019.

Penutupan laluan ini akan dijalankan secara berperingkat untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan lampu isyarat dan membuang bendul jalan bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 4:00 petang dan 11:00 malam sehingga 5:00 pagi. Lencongan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta di bawah.

Lencongan laluan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Penutupan A

Laluan kiri di Persiaran Kerjaya menghala ke arah Subang/Kuala Lumpur dan Shah Alam akan ditutup bermula dari Kondominium Temasya Kasih sehingga persimpangan lampu isyarat di Jalan Kerjaya.

 

Penutupan B

Laluan paling kiri di Persiaran Kerjaya menuju ke Shah Alam dan Jalan Pengaturcara U1/51 akan ditutup di hadapan Karcher Cleaning System Sdn Bhd dan CSE Automotive Technologies Sdn Bhd.

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                         : 019-6223228

Salehuddin Omar, Pengurus Pembinaan                                                                                                             : 016-5670077

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                 : 013-5755667

-->