Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling, penutupan sementara simpang tiga dan lencongan trafik akan dilaksanakan di penutupan laluan sedia ada di Persiaran Kerjaya. Penutupan simpang tiga dan lencongan trafik akan bermula di Jalan Pengaturcara U1/51 menuju Shah Alam dan Subang/ Kuala Lumpur dari 4 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019.
Lencongan trafik ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja penanaman cerucuk yang akan dijalankan di median jalan di persimpangan di hadapan Kawasan Perindustrian Temasya dan Masjid An-Nur Glenmarie, Shah Alam.
Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur / Subang ke Jalan Pengaturcara U1/51 dan dari Shah Alam ke Jalan Pengaturcara U1/51 akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Ta Kok Chang, Pengurus Projek : 019-2653837
Andrew Soh, Pengurus Pembinaan : 019-2228850
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905