Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan cerucuk akan dijalankan di Bulatan Simpang Lima, Klang.  Kerja-kerja ini bermula pada 11 Mac (Isnin) sehingga 10 September 2019 (Selasa). Pengalihan trafik ini akan dilakukan setiap hari secara 24  jam sepanjang tempoh pembinaan berkenaan.

 

Lorong kiri jalan susur keluar Bulatan Simpang Lima menghala ke Sri Andalas akan ditutup semasa kerja-kerja pembinaan cerucuk di kawasan berkenaan. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Sri Andalas dari Jalan Istana dan Jalan Tengku Kelana akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta di bawah.

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 012 – 232 3782

Mohamad Asraf Ya’acob, Eksekutif Perhubungan Awam                                                                               : 011 – 2405 0795

-->