Merujuk kepada kelulusan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), dimaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan tetopi tiang sambut akan dijalankan di sebahagian Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 15 sehingga 30 Mac 2019, bermula dari jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi. Lorong kanan bagi kedua-dua arah di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah juga akan ditutup dari jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi secara berperingkat. Penutupan lorong ini akan dibuka semula pada siang hari dan trafik akan berjalan seperti biasa.

 

Pengalihan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

Pengguna jalan raya akan dialihkan seperti yang ditunjukkan oleh anak panah HIJAU pada peta.

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                       : 012 – 232 3782

Mohamad Asraf Ya’acob, Eksekutif Perhubungan Awam                                                                                : 011 – 2405 0795

-->
Translate »