Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di sebahagian daripada Jalan Bridge 21/64 untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Jalan akan ditutup secara sementara selama 49 hari, bermula dari 18 Mac 2019 sehingga 26 Mei 2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Penutupan sementara ini akan dilakukan secara dua (2) peringkat di mana selepas sahaja kerja peringkat pertama selesai, kerja peringkat kedua akan menyusul.

Pengguna jalan raya yang ingin ke Jalan Bridge 21/64 akan dilencongkan ke Jalan Masjid dan Jalan PJU 6A/3 seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

Peringkat 1

 

 

Peringkat 2

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Projek                                                                           :019-663 2139
Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                        : 019-283 5815

-->