Dimaklumkan bahawa terdapat penutupan laluan kiri di sepanjang Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/Subang sementara waktu dari jam 10:00 pagi sehingga 4:00 petang dan 11:00 malam sehingga 5:00 pagi dari 20 Mac 2019 sehingga 20 Jun 2019 untuk memudahkan kerja-kerja pelebaran jalan dan pengalihan utiliti.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:

 

Penutupan A: Sebahagian laluan paling kiri di Persiaran Kerjaya di hadapan Temasya Anggun (menghala Subang/Kuala Lumpur) akan ditutup dan ditukar menjadi laluan kecemasan.

 

 

 

Penutupan B: Sebahagian laluan kiri dan laluan kecemasan di Jalan Persiaran Kerjaya (menghala Subang/Kuala Lumpur) berhampiran Kondominium Temasya Kasih akan ditutup. Pengguna jalan raya menuju ke Jalan Kerjaya akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta.

Penutupan C: Sebahagian laluan paling kiri (laluan kecemasan) di kawasan di antara bilik pameran kereta Mini Auto Bavaria dan Kuil Sri Jada Muniswaran di Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam akan ditutup.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                                   : 019-6223228

Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan                                                                                                                   : 012-2993377

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                           : 013-5755667

-->
Translate »