Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di Jalan Bridge 21/64, Kampung Sungai Kayu Ara untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan secara tiga (3) peringkat iaitu selepas sahaja kerja peringkat pertama selesai, kerja peringkat kedua dan ketiga akan menyusul. Penutupan selama 44 hari ini akan bermula dari 25 Mac  2019 sehingga 26 Mei 2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

 

Pengguna jalan raya yang ingin ke Jalan Masjid, Jalan Melor 1 atau Jalan Melati akan dilencongkan seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

Peringkat 1

 

Peringkat 2

 Peringkat 3

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Pembinaan                                                                                                              : 019-663 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                      : 019-283 5815

-->