Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), dimaklumkan bahawa lencongan trafik akan dijalankan di Jalan Salam, Bandar Botanik Klang dari 25 Mac hingga 21 April 2019, bermula dari jam 10:00 malam hingga 6:00 pagi untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih paip air SYABAS. Lencongan akan diberhentikan pada siang hari dan trafik akan berjalan seperti biasa.

 

Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

Penutupan jalan akan bermula dari persimpangan Jalan Salam dan Jalan Kasuarina 3 sehingga persimpangan Jalan Kasuarina 13. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke KESAS dan Banting seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah.

 

 

 

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

En. Nor Azri Omar, Pengarah Projek                                                                                                                             : 012 – 320 5736

En. Mohd Azizi Bin Abd Hamid, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam                                                  : 019 – 227 9767

-->