Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan di Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/Subang bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti pada jam 11:00 malam sehingga 5:00 pagi dari 25 Mac 2019 sehingga 30 Jun 2019.

Penutupan sementara ini akan dilakukan secara tiga (3) peringkat di mana selepas sahaja kerja peringkat pertama selesai, kerja peringkat dua dan tiga akan menyusul.

Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke arah Shah Alam dan Subang/Kuala Lumpur akan dialihkan ke lorong bertentangan melalui aliran kontra dan lencongan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

Peringkat 1

 

 

Peringkat 2

 

 

Peringkat 3

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                      : 019-6223228
Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan                                                      : 012-2993377
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                              : 013-5755667

-->
Translate »