Tarikh | 9 April 2019 hingga 14 Mei 2019 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh Masa | 10:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan |
Kerja-kerja pemasangan tetopi tiang sambut untuk projek LRT3 |
Lorong kanan bagi kedua-dua arah di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah akan ditutup secara berkala dalam jarak 500m pada waktu malam dari Bulatan Simpang Lima hingga Dialisis PSNB (ke arah Banting), dan dari Bengkel Daya Klang hingga Bulatan Simpang Lima (ke arah Klang). Penutupan lorong ini akan dibuka semula pada siang hari dan trafik akan berjalan seperti biasa.
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik berkala di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Mohamad Asraf Ya’acob, Eksekutif Perhubungan Awam : 011 – 2405 0795