Tarikh   21 Jun 2019 hingga 31 Disember 2019
Hari   Isnin hingga Sabtu
Tempoh Masa  9:00 pagi hingga 4:00 petang, dan 11:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan

 Untuk memudahkan kerja-kerja pelebaran jalan dan pengalihan utiliti di Persiaran Kerjaya, Shah Alam untuk projek LRT3.

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan:

 

Penutupan A: Sebahagian laluan paling kiri di Persiaran Kerjaya di hadapan Temasya Anggun (menghala Subang/Kuala Lumpur) akan ditutup dan ditukar menjadi laluan kecemasan.

 

 

Penutupan B: Sebahagian laluan kiri dan laluan kecemasan di Jalan Persiaran Kerjaya (menghala Subang/Kuala Lumpur) berhampiran Kondominium Temasya Kasih akan ditutup. Pengguna jalan raya menuju ke Jalan Kerjaya akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan di dalam peta.

 

Penutupan C: Sebahagian laluan paling kiri (laluan kecemasan) di kawasan di antara bilik pameran kereta Mini Auto Bavaria dan Kuil Sri Jada Muniswaran di Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam akan ditutup.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                          : 019-6223228

Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan                                                                                                          : 012-2993377

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                  : 013-5755667

-->
Translate »