Tarikh  16 Julai 2019 sehingga 31 Disember 2020
Hari  Isnin hingga Ahad
Tempoh Masa  24 jam
Tujuan 

 Untuk kerja-kerja pengalihan sistem perparitan, pengalihan utiliti, pembinaan cerucuk, pilecap, pembinaan tiang dan pemasangan tiang tetopi sambut bagi Projek LRT3.

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik  berkala tersebut:

 

Penutupan A:

Semasa penutupan separa jalan, pengguna jalan raya Jalan Meru dan pengguna jalan raya yang keluar dari parkir LHDN akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah.

 

 

Penutupan B:

Laluan paling kiri di Jalan Kapar (menghala ke Bulatan Kota) bersebelahan dengan Bank Islam akan ditutup. Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah.

 

 

 

Penutupan C:

Laluan paling kanan di Jalan Meru dari LHDN menghala ke Bulatan Kota dan dari Bulatan Kota menghala ke Jalan Meru akan ditutup seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah.

 

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Perhubungan Awam                                                                                                    : 012 – 232 3782

Mohamad Asraf Ya’acob, Eksekutif Perhubungan Awam                                                                              : 011 – 240 50795

 

-->
Translate »