Tarikh  17 Julai 2019 sehingga 31 Disember 2019
Hari  Isnin hingga Sabtu
Tempoh Masa  9:00 pagi hingga 5:00 petang dan 11:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan 

 Untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti di Persiaran Kerjaya, Shah Alam (menghala Shah Alam dan Subang/Kuala Lumpur) untuk projek LRT 3.

 

Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Penutupan A:

 

Laluan di antara CSE Automotive Technologies Sdn. Bhd. dan Temasya Anggun di Persiaran Kerjaya akan ditutup. Laluan kanan di hadapan bangunan Karcher Cleaning System Sdn. Bhd. di Persiaran Kerjaya (ke arah Shah Alam) dan laluan di sebahagian persimpangan Jalan Pengaturcara U1 / 51 akan ditutup.

 

 

Penutupan B:

 

Lorong paling kiri (di hadapan Temasya Anggun) di Persiaran Kerjaya (ke arah Subang/Kuala Lumpur) akan ditutup, begitu juga dengan lorong kiri (di hadapan Karcher Cleaning System Sdn Bhd dan CSE Automotive Technologies Sdn Bhd) di jalan yang sama (ke arah Shah Alam). Terdapat juga penutupan sebahagian di laluan kiri di Jalan Pengaturcara U1/51, bersebelahan dengan Karcher Cleaning System Sdn Bhd.

 

 

 Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                         : 019-6223228

Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan                                                                                                         : 012-2993377

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                 : 013-5755667

-->
Translate »