Tarikh | Penutupan A
29 Julai 2019 hingga 17 Ogos 2019
Penutupan B 1 Ogos 2019 to 28 Ogos 2019
Penutupan C 29 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019 |
Hari | Isnin hingga Sabtu |
Tempoh Masa |
Penutupan A & B 10:00 malam hingga 5:00 pagi
Penutupan C 24 jam |
Tujuan |
Penutupan A dan B Untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan talian telco Time Dot Com untuk projek LRT3.
Penutupan C Untuk menjalankan kerja-kerja paip air hot tapping untuk projek LRT3. |
Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:
Penutupan A – (10:00 malam hingga 5:00 pagi)
Penutupan sementara jalan di Persiaran Kerjaya (ke arah Subang/Kuala Lumpur) akan dijalankan di hadapan Temasya Anggun sehingga persimpangan sebelum bangunan DRB Hicom dari 29 Julai 2019 hingga 17 Ogos 2019.
Penutupan B – (10:00 malam hingga 5:00 pagi)
Penutupan sementara jalan di Persiaran Kerjaya (menghala Shah Alam) akan bermula di lampu isyarat di hadapan Weststar Maxis Distribution Sdn Bhd sehingga lampu isyarat di hadapan Karcher Cleaning System Sdn Bhd dari 1 Ogos 2019 hingga 28 Ogos 2019.
Penutupan C – (24 jam)
Lorong paling kiri di hadapan Temasya Anggun di Persiaran Kerjaya (ke arah Subang/Kuala Lumpur) akan ditutup selama 24 jam, begitu juga dengan lorong kiri di hadapan Karcher Cleaning System Sdn Bhd (ke arah Shah Alam) di jalan yang sama dari 29 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
WL Hoon, Pengurus Projek : 019-6223228
Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan : 012-2993377
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam : 013-5755667