Tarikh 25 Ogos 2019 hingga 28 Februari 2020
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 24 jam
Tujuan Untuk kerja-kerja pengalihan paip air bagi projek LRT3

Satu lorong akan ditutup secara berperingkat di Jalan Kapar sepanjang 50m. Penutupan tersebut akan dibuka dan jalan tersebut akan dibaikpulih setelah paip air dialihkan, dan seterusnya beralih kepada 50m yang berikutnya. Bagi kawasan-kawasan yang lain yang terlibat iaitu Jalan Taman, Jalan Taiping, Jalan Melayu, Jalan Nanas dan Jalan Pasar, saiz laluan akan dikurangkan. Namun demikian, bilangan lorong akan dikekalkan tanpa melibatkan penutupan jalan.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik tersebut:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                 : 012 – 232 3782

-->
Translate »