Tarikh  2 Disember 2019 sehingga 11 Disember 2019
Hari  Isnin hingga Sabtu
Tempoh Masa

 10:00 malam hingga 5:00 pagi

Tujuan 

 Untuk membolehkan kerja-kerja pelancaran tiang tetopi sambut bagi projek LRT3

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), dimaklumkan bahawa penutupan laluan dan lencongan trafik akan dijalankan di kawasan berikut:

Lokasi 1: Jalan Langat (menghala Klang, bertentangan Klinik Kesihatan Bandar Botanik) akan ditutup sepenuhnya.

Semasa penutupan sementara, pengguna jalan raya di Jalan Langat menghala ke Klang akan dilencongkan ke Persiaran Botanik dan seterusnya ke Persiaran Batu Nilam 2 sebelum kembali semula ke Jalan Langat (menghala Klang).

 

Lokasi 2: Laluan paling kanan Jalan Langat (menghala KESAS/Banting) akan ditutup.

Semasa penutupan sementara, dua lorong di Jalan Langat dikekalkan untuk pengguna jalan raya menghala ke KESAS atau Banting.

 

Lokasi 3: Laluan paling kiri jejambat Persiaran Kasuarina (menghala Persiaran Botanik) akan ditutup.

Semasa penutupan sementara, satu lorong akan dikekalkan untuk pengguna jalan raya menghala ke Persiaran Botanik.

 

Laluan tersebut akan dibuka semula pada siang hari dan trafik akan berjalan seperti biasa. Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik tersebut:

 

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

En. Nor Azri Omar, Pengarah Projek                                                                                                                      : 012 – 320 5736

En. Mohd Azizi Bin Abd Hamid, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam                                              : 019 – 227 9767

-->