Tarikh |
Penutupan A: 5 Disember 2019 hingga 13 Disember 2019 Penutupan B: 14 Disember 2019 hingga 28 Disember 2019 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh Masa |
10:00 malam hingga 6:00 pagi |
Tujuan |
Untuk kerja-kerja penanaman paip air untuk projek LRT3 dan kerja-kerja yang berkaitan di Jalan Salam, Bandar Botanik, Klang |
Berikut adalah peta-peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik tersebut:
Penutupan A: Jalan Salam (selepas Stesen Minyak Shell ke persimpangan Jalan Kasuarina 1) akan ditutup dari 5 Disember hingga 13 Disember 2019
Pengguna jalanraya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Salam menghala ke Persiaran Mahogani, belok ke kanan untuk menghala ke Jalan Kasuarina 5, Jalan Kasuarina 3 dan Jalan Kasuarina 2. Akses sementara (berhadapan dengan Stesen Minyak Shell) akan disediakan untuk pengguna jalanraya yang menghala ke Jalan Langat dari Stesen Minyak Shell semasa penutupan dijalankan. Lencongan trafik tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam peta di bawah:
Penutupan B: Jalan Salam (dari persimpangan Jalan Mahogani 1 ke sebelum Stesen Minyak Shell) akan ditutup dari 14 Disember hingga 28 Disember 2019
Pengguna jalanraya dari Persiaran Mahogani yang ingin menghala ke Jalan Langat akan dilencongkan ke Jalan Mahogani 1 dan kiri ke Jalan Mahogani untuk menghala semula ke Jalan Langat. Akses sementara (berhadapan Stesen Minyak Shell akan disediakan untuk pengguna jalanraya dari Jalan Langat ke Stesen Minyak Shell dan Jalan Kasuarina 1. Lencongan trafik tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam peta di bawah:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Hafizudden Ahmad, Jurutera : 014 – 2831360
Mohamed Feisal Shah, Pegawai Perhubungan Awam : 017 – 6080401