Tarikh Penutupan A: 30 Disember 2019 hingga 13 Januari 2020

Penutupan B: 14 Januari 2020 hingga 15 Februari 2020

Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 10:00 malam hingga 6:00 pagi
Tujuan Untuk membolehkan kerja-kerja penanaman paip air untuk projek LRT3 dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Jalan Salam, Bandar Botanik, Klang

 

Penutupan A: Jalan Salam (sebelum Stesen Minyak Shell hingga Jalan Kasuarina 1) akan ditutup daripada 30 Disember 2019 hingga 13 Januari 2020

 

Semasa penutupan, pengguna jalanraya dikehendaki menggunakan Jalan Salam menghala ke Persiaran Mahogani dan kemudian membelok ke kanan ke Jalan Kasuarina 1 untuk menghala ke Jalan Kasuarina 5, Jalan Kasuarina 3 dan Jalan Kasuarina 2.

 

Laluan sementara akan disediakan (di hadapan Stesen Minyak Shell) bagi pengguna jalanraya yang hendak menghala ke Jalan Langat dari Stesen Minyak Shell seperti ditunjukkan dalam peta di bawah:

 

Penutupan B: Jalan Salam (dari simpang Jalan Mahogani 1 hingga sebelum Stesen Minyak Shell) akan ditutup daripada 14 Januari 2020 hingga 15 Febuari 2020

 

Semasa penutupan, pengguna jalanraya yang ingin menghala ke Jalan Langat akan dilencongkan ke Jalan Mahogani 1 dan dikehendaki membelok kiri ke Jalan Mahogani untuk menghala semula ke Jalan Langat.

 

Laluan sementara akan disediakan (di hadapan Stesen Minyak Shell) bagi pengguna jalanraya yang hendak menghala ke Stesen Minyak Shell dan Jalan Kasuarina 1 dari Jalan Langat seperti ditunjukkan dalam peta di bawah:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

Hafizudden Ahmad, Jurutera                                                                                                                                      : 014 – 2831360

Mohamed Feisal Shah, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                  : 017 – 6080401

 

-->
Translate »