Tarikh 16 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 10:00 malam hingga 6:00 pagi
Tujuan Untuk membolehkan kerja-kerja penanaman paip air dan kerja-kerja lain

yang berkaitan dengan projek LRT3 di Jalan Salam, Bandar Botanik, Klang

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), penutupan jalan di Jalan Salam, Bandar Botanik, Klang akan dilanjutkan untuk membolehkan kerja-kerja penanaman paip air dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan projek LRT3.

Semasa penutupan, pengguna jalanraya yang ingin menghala ke Jalan Langat akan dilencongkan ke Jalan Mahogani 1 dan dikehendaki membelok kiri ke Jalan Mahogani untuk menghala semula ke Jalan Langat. Laluan sementara akan disediakan (di hadapan Stesen Minyak Shell) bagi pengguna jalanraya yang ingin menghala ke Stesen Minyak Shell dan Jalan Kasuarina 1 dari Jalan Langat.

 

Penutupan jalan dan lencongan trafik tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam peta di bawah:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

Hafizudden Ahmad, Jurutera                                                                                                                                          : 014 – 2831360

Mohamed Feisal Shah, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                        : 017 – 6080401

-->
Translate »