Tarikh | 5 Mei 2020 hingga 11 Mei 2020 |
Hari | Selasa hingga Isnin |
Tempoh masa | 24 jam |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja membaik pulih kebocoran paip Air Selangor yang berada di dalam hak laluan LRT3. |
Penutupan sementara laluan dan lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Lee Man Hong, Pengurus Projek : 011-1283 2862
Syarafina Diana Kamaruddin, Eksekutif Kanan Perhubungan Awam : 019-452 2928