Tarikh 30 Jun 2020 hingga 31 Julai 2020
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 24 jam
Tujuan Kerja-kerja pelancaran “U-trough” bagi projek LRT3

 

(Nota: Pengumuman lalu lintas ini menggantikan pengumuman yang lalu bagi penutupan jalan dan pengalihan trafik di Persiaran Bukit Raja dari 20 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Kami meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi.)

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), beberapa bahagian Persiaran Bukit Raja, Klang (menghala ke Aeon Bukit Raja dan Lebuhraya Grand Sepadu) akan ditutup secara berperingkat dan trafik akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta-peta di bawah.

 

Penutupan A (Peringkat 1): Sebahagian Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 1 sehingga simpang Persiaran Bukit Raja 2 akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 Penutupan B (Peringkat 2): Sebahagian Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 2 sehingga kawasan perumahan berdepan dengan Pembangunan Masa Depan akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 

Penutupan C (Peringkat 3): Sebahagian Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 1 sehingga kawasan perumahan berdepan dengan Pembangunan Masa Depan akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

Penutupan D (Peringkat 4): Sebahagian Persiaran Bukit Raja dari simpang Lorong Tiara 3 sehingga simpang Persiaran Rajawali akan ditutup (ke Aeon Bukit Raja).  Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 

 

Penutupan E (Peringkat 5): Sebahagian Persiaran Bukit Raja dari simpang Persiaran Rajawali sehingga simpang Jalan Serindit 17 akan ditutup di kedua-dua arah.  Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 

Penutupan F (Peringkat 6): Sebahagian Persiaran Bukit Raja dari simpang Jalan Serindit 17 sehingga ke Lebuhraya Grand Sepadu akan ditutup di kedua-dua arah.  Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

Penutupan A, B, C, D, E dan F akan dilaksanakan secara berperingkat dan pada setiap masa, hanya satu peringkat penutupan akan dilaksanakan.

 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dijalankan.

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Jason Ng, Pengurus Projek                                                                                                                                           : 012 – 651 1508

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                  : 012 – 232 3782

 

-->
Translate »