Tarikh 13 Julai 2020 hingga 12 September 2020
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 24 jam
Tujuan Untuk melaksanakan kerja-kerja penanaman paip air untuk projek LRT3

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), penyusunan semula lorong akan dilaksanakan di Jalan Langat, Bandar Botanic, Klang, berhadapan dengan Hotel 99 untuk kerja-kerja penanaman paip air.

Bilangan lorong akan dikekalkan dan tiga (3) lorong akan disediakan pada setiap masa bagi pengguna jalanraya seperti ditunjukkan dalam peta di bawah:

 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

Hafizudden Ahmad, Jurutera                                                                                                                                       : 014 – 2831360

Mohamed Feisal Shah, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                   : 017 – 6080401

-->
Translate »