Tarikh 10 Ogos 2020 hingga 31 Disember 2021
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 11:00 malam sehingga 5:00 pagi
Tujuan Kerja-kerja berkaitan projek LRT3

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK), jalan susur dari Bulatan Simpang Lima menuju ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (menghala ke Banting) akan ditutup secara berkala untuk melaksanakan kerja-kerja cerucuk, tiang, long span, dan pelancaran bagi projek LRT3.

 

Pengguna jalan raya akan dilencongkan ke laluan alternative seperti ditunjukkan dalam peta-peta di bawah:

 

Laluan Alternatif 1:

Pengguna jalan raya yang menghampiri Bulatan Simpang Lima dari Jalan Tengku Kelana, Jalan Istana dan Jalan Raya Barat yang ingin menghala ke Jalan Bukit Kubur akan dilencongkan ke Bulatan Kota (menghala ke Klang). Pengguna jalan raya dikehendaki melakukan pusingan “U” untuk menuju semula ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (menghala ke Banting) untuk menghala ke Jalan Bukit Kubur.

 

Laluan Alternatif 2:

Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Taman Sri Andalas dan Banting dari Bulatan Simpang Lima akan dilencongkan ke Persiaran Raja Muda Musa, Lebuh Turi, Persiaran Seraya dan seterusnya ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah untuk menghala ke Taman Sri Andalas. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Banting akan dilencongkan ke Persiaran Raja Muda Musa, Lebuh Turi, Persiaran Pegaga, Jalan Batu Unjur dan seterusnya ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah untuk menghala ke Banting.

 

 

 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dijalankan.

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Lee Hueh Yang, Pengurus Projek                                                                                                                                  : 013 – 389 6786

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 012 – 232 3782

 

-->
Translate »