Tarikh | Peringkat 1: 4 Oktober 2021 hingga 5 Oktober 2021
Peringkat 2: 6 Oktober 2021 hingga 9 Oktober 2021 Peringkat 3: 10 Oktober 2021 hingga 14 Oktober 2021 Peringkat 4: 15 Oktober 2021 hingga 22 Oktober 2021 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | Fasa 1: 10:00 malam hingga 1:00 pagi – Susur Persimpangan Pandamaran (Landasan A – arah
Kuala Lumpur) Fasa 2: 1:00 pagi hingga 5:00 pagi – KM18.5 hingga KM19.1 di LSA (arah Timur) |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran ‘Segmental Box Girder’ (SBG) dan kerja-kerja
yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta-peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan trafik tersebut.
Peringkat 1: Penutupan lorong laju di Susur Persimpangan Pandamaran (Landasan A – arah Kuala Lumpur), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti dengan penutupan lorong perlahan di KM18.5 hingga KM19.1 Lebuhraya LSA (arah Timur), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, bermula 4 Oktober 2021 hingga 5 Oktober 2021
Peringkat 2: Penutupan penuh (Landasan A – arah Kuala Lumpur), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti dengan penutupan lorong perlahan di KM18.5 hingga KM19.1 Lebuhraya LSA (arah Timur), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, bermula 6 Oktober 2021 hingga 9 Oktober 2021
Peringkat 3: Penutupan penuh (Landasan A – arah Kuala Lumpur), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti dengan penutupan lorong kiri dan lorong tengah di KM18.5 hingga KM19.1 Lebuhraya LSA (arah Timur), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, bermula 7 Oktober 2021 hingga 11 Oktober 2021
Peringkat 4: Penutupan penuh (Landasan A – arah Kuala Lumpur), 10:00 malam hingga 1:00 pagi, diikuti dengan penutupan penuh di KM18.5 hingga KM19.1 Lebuhraya LSA (arah Timur), 1:00 pagi hingga 5:00 pagi, bermula 12 Oktober 2021 hingga 22 Oktober 2021
Lencongan trafik ini dilaksanakan dengan kelulusan dari pihak IPD Klang Selatan (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lebuh Raya Shah Alam – LSA (KESAS), dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dijalankan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan oleh pengguna LSA (KESAS).
Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:
En. Nor Azri Omar, Pengarah Projek : 012 – 320 5736
En. Salleh Sani, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam : 019 – 253 0282