Tarikh | 13 Oktober 2021 hingga 13 November 2021 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh Masa | 10:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran tetopi tiang sambut dan ‘U-girder’ untuk projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling (JKR Petaling) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan menghargai kerjasama daripada pihak anda.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Chan Yoon Sin, Pengurus Pembinaan : 019 – 3598002
Intan Baiduri, Pengurus Perhubungan Awam : 012 – 3823694