Tarikh 23 Oktober 2021 sehingga 29 Oktober 2021 (Berkala)
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 10:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:

Penutupan A: Jalan SS7/19 (arah Lebuhraya Persekutuan), Persiaran Kerjaya (arah Kuala Lumpur) dan Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Subang & Lebuhraya Persekutuan) akan ditutup. Pengawal bendera akan mengawal trafik di kedua-dua arah dengan menggunakan kaedah ‘Berhenti dan Jalan’ seperti yang ditunjukkan di bawah:

 

Penutupan B: Tiga Lorong di Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Kuala Lumpur,Lapangan Terbang Subangdan Lebuhraya Persukutuan) akan ditutup: 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling (JKR Petaling) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Perintah Perintah Pemulihan negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Ahmad Asraf Ramadhan, Pengurus  Projek                                                                                                          : 017-9163212

Mohd Hanifah bin Harun, Koordinator Projek                                                                                                   : 013-7351817

 

-->
Translate »