Tarikh 25 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021
Hari Isnin hingga Sabtu
Tempoh masa 10:00 malam hingga 6:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan jalan tersebut:

 

Penutupan 1: Laluan paling kiri di jejambat Lebuh Bandar Utama, berdekatan jalan susur Lebuh Bandar Utama menuju ke BU1 akan ditutup.

 

 

Penutupan 2: Laluan paling kiri di jejambat Lebuh Bandar Utama berhampiran selekoh berdekatan Medan Selera Ming Tien menuju ke BU11 akan ditutup.

Lencongan trafik akan dijalankan dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Aktiviti ini akan dijalankan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kepada orang awam.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                   : 019-663 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                                                                 : 019-283 5815

-->
Translate »