Tarikh | 9 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh Masa | 10:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran U-girder untuk projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:
Penutupan A: Persiaran Permai (di antara persimpangan Jalan Plumbum Z7/Z and Jalan Plumbum T7/T, (arah Persiaran Bestari dan UiTM)) akan ditutup dari 9 Disember 2021 hingga 11 Disember 2021.
Penutupan B: Persiaran Permai (di antara persimpangan Jalan Plumbum T7/T dan Jalan Plumbum 7/102, (arah Persiaran Bestari dan UiTM)) akan ditutup dari 12 Disember 2021 hingga 15 Disember 2021
Penutupan C: Persiaran Permai (di antara persimpangan Jalan Plumbum 7/102 dan Jalan Plumbum 7/101, (arah Persiaran Bestari dan UiTM)) akan ditutup dari 21 Disember 2021 hingga 26 Disember 2021
Penutupan D: Persiaran Permai (di persimpangan Jalan Plumbum 7/101 dan Flat PKNS, (arah Persiaran Bestari dan UiTM)) dari 27 Disember 2021 hingga 28 Disember 2021
Penutupan E: Persiaran Permai (di antara persimpangan Jalan Plumbum 7/95 dan Persiaran Bestari, (arah Persiaran Bestari dan UiTM)) dari 29 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan menghargai kerjasama daripada pihak anda.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Chan Yoon Sin, Pengurus Pembinaan : 019 – 3598002
Intan Baiduri, Pengurus Perhubungan Awam : 012 – 3823694