Tarikh 15 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022
Hari Isnin hingga Sabtu
Tempoh masa 10.00 malam hingga 5.00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik yang akan dilakukan:

 

Peringkat 1:

Laluan paling kiri di Lebuhraya PLUS (arah Klang) sebelum dan selepas jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju ke BU11 dan BU12 dan jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju ke BU11 dan BU12 akan ditutup.

 

 

Peringkat 2:

  1. Laluan kecemasan dan laluan perlahan di Lebuhraya PLUS (arah Klang) sebelum jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju BU11 and BU12 akan ditutup. Kenderaan yang menuju ke BU11/ BU12 akan dilencongkan ke laluan sebelah kanan seperti anak panah berwarna hijau di dalam peta lencongan di bawah.
  2. Laluan kecemasan, laluan perlahan dan laluan laju di Lebuhraya PLUS (arah Klang) selepas jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju BU11 and BU12 dan laluan laju (arah Damansara) akan ditutup. Kenderaan menuju ke arah Klang akan dilencongkan melalui laluan kontra seperti anak panah berwarna ungu di dalam peta lencongan di bawah.
  • Laluan laju dan laluan tengah di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup. Kenderaan menuju ke Damansara akan dilencongkan ke laluan sebelah kiri seperti anak panah berwarna merah di dalam peta lencongan di bawah.

 

 

 

Peringkat 3:

  1. Laluan kanan di jalan susur Lebuh Bandar Utama dan Jalan Bridge 21/64 (berhampiran Ming Tien, arah Damansara) akan ditutup. Kenderaan menuju ke Jalan Bridge 21/64 dan Damansara akan dilencongkan ke Jalan Mawar dan Jalan Masjid seperti anak panah berwarna hijau di dalam peta lencongan di bawah.
  2. Laluan kecemasan dan laluan perlahan di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup. Kenderaan menuju ke arah Damansara akan dilencongkan ke laluan sebelah kanan seperti anak panah berwarna ungu di dalam peta lencongan di bawah.

 

 

 

Peringkat 4:

  1. Laluan kanan di jalan susur Lebuh Bandar Utama (berhampiran Ming Tien, arah Damansara) dan laluan perlahan, laluan tengah dan laluan laju di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup. Kenderaan menuju ke Damansara akan dilencongkan seperti anak panah berwarna hijau di dalam peta lencongan di bawah.
  2. Laluan laju dan laluan tengah di Lebuhraya PLUS (arah Klang) akan ditutup. Kenderaan menuju ke Klang akan dilencongkan ke laluan sebelah kiri seperti anak panah berwarna ungu di dalam peta lencongan di bawah.

 

 

Peringkat 5:

  1. Laluan tengah dan laluan laju di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup. Kenderaan menuju ke Damansara akan dilencongkan ke laluan sebelah kiri seperti anak panah berwarna hijau di dalam peta lencongan di bawah.
  2. Laluan laju, laluan tengah dan sebahagian laluan perlahan di Lebuhraya PLUS (arah Klang) akan ditutup. Kenderaan menuju ke Klang akan dilencongkan ke laluan perlahan seperti anak panah warna ungu di dalam peta lencongan di bawah.

Lencongan trafik akan dijalankan dengan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Aktiviti ini akan dijalankan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kepada orang awam.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                     : 019-663 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                                                                   : 019-283 5815

-->
Translate »