Tarikh | 12 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022 |
Hari | Isnin hingga Sabtu |
Tempoh masa | 10:00 malam hingga 6:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan trafik tersebut:
Penutupan 1: Laluan paling kiri di jejambat Lebuh Bandar Utama, berdekatan jalan susur Lebuh Bandar Utama menuju ke BU1 akan ditutup.
Penutupan 2: Laluan paling kiri di jejambat Lebuh Bandar Utama berhampiran selekoh berdekatan Medan Selera Ming Tien menuju ke BU11 akan ditutup.
Lencongan trafik akan dijalankan dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Aktiviti ini akan dijalankan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kepada orang awam.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam : 019-283 5815