Tarikh 24 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 10:00 malam hingga 6:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja konkrit dinding ‘parapet’ dan kerja-kerja

yang berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta-peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan trafik berkala tersebut.

Peringkat 1: Penutupan penuh Landasan A dari Jalan Langat ke Lebuhraya LSA (arah Kuala Lumpur), 10:00 malam hingga 6:00 pagi, pada 24 Mac 2022.


 Peringkat 2: Penutupan penuh di KM18.5 hingga KM19.1 Lebuhraya LSA (arah Timur), 10:00 malam hingga 6:00 pagi, dari 25 Mac 2022 hingga 26 Mac 2022.

 

Peringkat 3: Penutupan penuh di KM19.1 hingga KM18.5 Lebuhraya LSA (arah Barat), 10:00 malam hingga 6:00 pagi, dari 27 Mac 2022 hingga 28 Mac 2022.

 

Peringkat 4: Penutupan penuh Landasan B dari Lebuhraya LSA ke Jalan Langat (arah Klang), 10:00 malam hingga 6:00 pagi, dari 29 Mac 2022 hingga 30 Mac 2022.

 

Peringkat 5: Penutupan penuh Landasan B dari Lebuhraya LSA ke Jalan Langat (arah Banting), 10:00 malam hingga 6:00 pagi, pada 31 Mac 2022.

 

 Lencongan trafik ini dilaksanakan dengan kelulusan dari pihak IPD Klang Selatan (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta mengikuti garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan oleh pengguna LSA (KESAS).

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

En. Nor Azri Omar, Pengarah Projek                                                                                                                      : 012 – 320 5736

En. Salleh Sani, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam                                                                                : 019 – 253 0282

-->
Translate »