Tarikh 1 April 2022 sehingga 31 Julai 2022
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 11:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:

Penutupan A: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang akan ditutup dari 1 April 2022 sehingga 21 April 2021

Penutupan B: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan laluan kiri di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 21 April 2022 sehingga 13 Mei 2022.

Penutupan C: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan juga kedua-dua laluan di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 14 Mei 2022 sehingga 4 Jun 2022.

Penutupan D: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / KL) dan juga laluan paling kanan di NKVE berhadapan Kelana Square (arah Shah Alam / Subang) akan ditutup dari 5 Jun 2022 sehingga 19 Jun 2022.

 

Penutupan E: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / KL) akan ditutup dari 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Penutupan F: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / KL) akan ditutup dari 1 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                  : 012-5082908

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                 : 012-6546905

-->
Translate »