Tarikh 9 Jun 2022 hingga 12 Jun 2022
Hari Khamis hingga Ahad
Tempoh masa 10:00 malam hingga 6:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan susur tangan landasan dan kerja-kerja

yang berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta-peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan trafik berkala tersebut.

 

Peringkat 1: Penutupan penuh Landasan B dari Lebuhraya LSA ke Jalan Langat (arah Banting), 10:00 malam hingga 12:00 malam, pada 9 Jun 2022.

 

Peringkat 2: Penutupan penuh Landasan B dari Lebuhraya LSA ke Jalan Langat (arah Klang), 12:00 malam hingga 3:00 pagi, pada 10 Jun 2022.

 

Peringkat 3: Penutupan penuh di KM19.1 hingga KM18.5 Lebuhraya LSA (arah Barat), 10:00 malam hingga 2:00 pagi, daripada 10 Jun 2022 hingga 11 Jun 2022.

 

Peringkat 4: Penutupan penuh di KM18.5 hingga KM19.1 Lebuhraya LSA (arah Timur), 2:00 pagi hingga 6:00 pagi, pada 11 Jun 2022.

 

Peringkat 5: Penutupan penuh Landasan A dari Jalan Langat ke Lebuhraya LSA (arah Kuala Lumpur), 10:00 malam hingga 3:00 pagi, daripada 11 Jun 2022 hingga 12 Jun 2022.

 

Lencongan trafik ini dilaksanakan dengan kelulusan dari pihak IPD Klang Selatan (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

 

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan oleh pengguna LSA (KESAS). Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

En. Nor Azri Omar, Pengarah Projek                                                                                                                      : 012 – 320 5736

En. Salleh Sani, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam                                                                                     : 019 – 253 0282

-->
Translate »