Tarikh | 1 Ogos 2022 sehingga 30 November 2022 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:
Penutupan A: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang akan ditutup dari 1 Ogos 2022 sehingga 21 Ogos 2022
Penutupan B: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan laluan kiri di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 22 Ogos 2022 sehingga 13 September 2022.
Penutupan C: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan juga kedua-dua laluan di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 14 September 2022 sehingga 14 Oktober 2022.
Penutupan D: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / KL) dan juga laluan paling kanan di NKVE berhadapan Kelana Square (arah Shah Alam / Subang) akan ditutup dari 15 Oktober 2022 sehingga 21 Oktober 2022.
Penutupan E: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / KL) akan ditutup dari 22 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.
Penutupan F: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / KL) akan ditutup dari 1 November 2022 sehingga 30 November 2022.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek : 012-5082908
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905