Tarikh | 1 Januari 2023 sehingga 28 Februari 2023 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran kekotak segmen (SBG) dan kerja-kerja yang
berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:
Peringkat 1: Lorong paling kiri dan lorong tengah Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Lapangan Terbang Subang), lorong paling kiri Jalan Lapangan Terbang Subang menuju ke Persiaran Kerjaya dan dan lorong paling kanan menuju ke Jalan Lapangan Terbang Subang dan Lebuhraya NKVE akan ditutup dari 1 Januari 2023 sehingga 22 Januari 2023.
Peringkat 2: Lorong paling kiri dan lorong tengah Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Lapangan Terbang Subang), lorong paling kiri Jalan Lapangan Terbang Subang menuju ke Persiaran Kerjaya, lorong paling kanan menuju ke Jalan Lapangan Terbang Subang / Lebuhraya NKVE, lorong paling kanan dan lorong tengah Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Subang / Kuala Lumpur) akan ditutup dari 23 Januari 2023 sehingga 28 Februari.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek : 012-5082908
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905