Tarikh 5 Januari 2023 hingga 30 September 2023
Hari Isnin hingga Sabtu
Tempoh masa 10:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja “U-Girder launching” dan kerja-kerja

berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:

 

Lokasi 1: Laluan paling kanan Jalan Subang (arah Lebuhraya Guthrie) selepas persimpangan Jalan Persiaran Sukan, jalan susur keluar dari Lebuhraya Guthrie (arah Lebuhraya Persekutuan) menuju ke Persiaran Kerjaya, jalan susur keluar dari Persiaran Kerjaya (arah Lebuhraya Persekutuan), Persiaran Kerjaya (arah Subang/KL dan Shah Alam) bersebelahan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) dari Hotel 1st Inn sehingga ke persimpangan Jalan Pentadbir U1/30  dan laluan paling kanan Jalan Kontraktor U1/14 berdekatan persimpangan lampu isyarat akan ditutup.

Lokasi 2: Laluan paling kanan Jalan Subang (arah Lebuhraya Guthrie) selepas persimpangan Jalan Persiaran Sukan, jalan susur keluar dari Lebuhraya Guthrie (arah Lebuhraya Persekutuan) menuju ke Persiaran Kerjaya, Persiaran Kerjaya (arah Subang/KL dan Shah Alam) bersebelahan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sehingga persimpangan Jalan Kontraktor U1/14) dan laluan paling kanan Jalan Kontraktor U1/14 berdekatan persimpangan lampu isyarat akan ditutup.

 

Lokasi 3: Laluan paling kanan Jalan Subang (arah Lebuhraya Guthrie) selepas persimpangan Jalan Persiaran Sukan, jalan susur keluar dari Lebuhraya Guthrie (arah Lebuhraya Persekutuan) menuju ke Persiaran Kerjaya, Persiaran Kerjaya (arah Subang/KL dan Shah Alam) bersebelahan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sehingga ke persimpangan Jalan Kontraktor U1/14, Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) berhadapan Pos Laju  dan laluan paling kanan Jalan Kontraktor U1/14 berdekatan persimpangan lampu isyarat akan ditutup.

 

Lokasi 4: Laluan paling kanan Jalan Subang (arah Lebuhraya Guthrie) selepas persimpangan Jalan Persiaran Sukan, jalan susur keluar dari Lebuhraya Guthrie (arah Lebuhraya Persekutuan) menuju ke Persiaran Kerjaya, Persiaran Kerjaya (arah Subang/KL) bersebelahan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sehingga ke persimpangan Jalan Kontraktor U1/14 dan Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam), Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) sebelum persimpangan Jalan Pegawai U1/33 dan laluan paling kanan Jalan Kontraktor U1/14 berdekatan persimpangan lampu isyarat akan ditutup.

 

Lokasi 5: Laluan paling kanan Persiaran Kerjaya (arah Subang/KL) di persimpangan lampu isyarat Jalan Kontraktor U1/14 dan Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) dari stesen Shell sehingga ke persimpangan Jalan Juruterbang U1/38 akan ditutup.

 

Lokasi 6: : Laluan paling kanan Persiaran Kerjaya (arah Subang/KL) di persimpangan lampu isyarat Jalan Kontraktor U1/14 dan dari Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) selepas persimpangan Jalan Juruterbang U1/38 sehingga Hotel 1st Inn akan ditutup

 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya, Daerah Petaling (JKR).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

En Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan                                                                                : 012-2993377

Datin Fazdiana Daud, Pengurus Perhubungan Awam                                                              : 016-9512110

-->
Translate »