Tarikh | 13 Februari 2023 sehingga 31 Mac 2023 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik secare berperingkat:
Penutupan A: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / KL) dan juga laluan paling kanan di NKVE berhadapan Kelana Square (arah Shah Alam / Subang) akan ditutup dari 13 Februari 2023 sehingga 7 Mac 2023.
Penutupan B: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan juga kedua-dua laluan di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 8 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek : 012-5082908
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905