Tarikh | 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 |
Hari | Isnin hingga Sabtu |
Tempoh masa | 10:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja “U-Girder launching” dan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:
Lokasi 1: Jalan susur keluar dari Persiaran Sukan ke Jalan Subang (arah Lebuhraya Guthrie), laluan paling kiri dan laluan tengah Jalan Subang (arah Lebuhraya Guthrie) di simpang-T ke Persiaran Kerjaya akan ditutup.
Lokasi 2: Laluan paling kanan dan laluan tengah Jalan Subang (arah Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Guthrie) di simpang-T ke Persiaran Kerjaya akan ditutup.
Lokasi 3: Laluan paling kiri dan laluan tengah Jalan Subang (arah Lebuhraya Persekutuan) di simpang-T ke Persiaran Kerjaya akan ditutup.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya, Daerah Petaling (JKR).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.
Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:
En Ahmad Faiz Awang@Mustapa, Pengurus Pembinaan : 012-5854270
Datin Fazdiana Daud, Pengurus Perhubungan Awam : 016-9512110