Tarikh9 Mac 2023 hingga 22 Mac 2023
HariIsnin hingga Sabtu
Tempoh masa24 jam
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta-peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik tersebut secara berperingkat:

Peringkat 1: Penutupan laluan motosikal dari KM17.9 hingga KM18.5 (arah Timur), 24 jam sehari bermula 9 Mac 2023 hingga 11 Mac 2023

Peringkat 2: Penutupan laluan motosikal dari KM19.1 hingga KM20.0 (arah Timur), 24 jam sehari bermula 13 Mac 2023 hingga 15 Mac 2023

Peringkat 3: Penutupan laluan motosikal dan lorong perlahan dari KM20.0 hingga KM19.1 (arah Barat),

24 jam sehari bermula 16 Mac 2023 hingga 18 Mac 2023

Peringkat 4: Penutupan laluan motosikal dari KM18.5 hingga KM17.9 (arah Barat), 24 jam sehari bermula 20 Mac 2023 hingga 22 Mac 2023

Lencongan trafik ini dilaksanakan dengan kelulusan dari pihak IPD Klang Selatan (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan oleh pengguna LSA (KESAS).

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

En. Ahmad Tarmizi, Pengurus Pembinaan                                                                                                           : 016 – 651 6541

En. Salleh Sani, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam                                                                                : 019 – 253 0282

-->
Translate »